Wednesday, September 2, 2009

Takaful - Siri 2

Sahabat… untuk memiliki perlindungan  takaful, anda sebenarnya TIDAK PERLU FIKIR LAMA-LAMA!
 
Apabila disuruh membuat keputusan , kebanyakannya akan memberi alasan, “Tunggulah dulu. Saya belum fikirkan lagi”. 

Minggu depan, apabila ditanya lagi, alasan yang sama dia berikan, “Takaful? Saya belum terfikir lagi untuk memiliki takaful ”. 

Mungkin anda bersikap sebegini kerana anda tidak memerlukannya. Mungkin anda sangka, diri anda kebal atau kuat dan apa yang telah berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku kepada diri anda.
 
Sedikit pun tidak terlintas di fikiran anda bahawa, insurans hayat itu hanya boleh dibeli selagi anda masih sihat 100 peratus.. Jika kesihatan sudah tidak mengizinkan, tidak ada syarikat takaful / insurans yang akan menerima anda lagi walaupun anda mampu membayar premium yang tinggi.

Dan jika anda masih lagi ingin berfikir, sama ada anda perlukan perlindungan atau tidak, marilah kita sama-sama berfikir secara jujur sekarang!

Tahukah anda, jika anda menghidap kanser pada peringkat keempat (kanser yang sudah merebak ke seluruh badan), sekali rawatan ‘kemoterapi, kosnya RM9000.00?


Jika dalam seminggu anda terpaksa menjalani rawatan tersebut 5 kali, dalam sebulan anda memerlukan rawatan lebih RM180,000.00. Itu baru kos rawatan ‘kemoterapi’ untuk sebulan.
 
Jika semalaman anda ditakdirkan mengalami nasib serupa, apakah jalan penyelesaian anda?
Menggunakan simpanan sendiri?
 
Berapa banyakkah simpanan yang anda miliki sekarang? Cukupkah simpanan anda itu?
 
Jika anda baru hendak mula menyimpan, berapa lamakah untuk anda mengumpul wang sebanyak RM180,000.00 itu? Sedangkan anda memerlukan wang tersebut dengan segera!
 
Mampukah anda menyimpan RM750.00 sebulan, tanpa gagal, selama 20 tahun, semata-mata untuk mengumpul tabung RM180,000.00 itu? Bolehkan anda menunggu sebegitu lama?
 
Menjual harta benda?
 
Adakah anda terdiri dari golongan yang kaya? Adakah anda memiliki harta yang boleh dijual dengan cepat?
 
Biasanya, bila anda menjual harta dalam keadaan terdesak, anda terpaksa menjualnya pada harga murah.
 
Bolehkah hasil jualan tersebut menampung kos rawatan anda? Di mana isteri dan anak-anak anda akan tinggal, bila rumah dan harta anda sudah dijual?
 
Memohon pinjaman?
 
Adakah bank yang sudi memberi anda pinjaman, jika sudah sakit kritikal dan tidak lagi berupaya untuk bekerja?
 
Adakah anda memiliki kawan yang kaya, yang sanggup meminjamkan duit yang banyak kepada anda, tanpa banyak soal?
 
Siapa sanggup tanggung hutang pinjaman anda, jika anda tidak mampu bayar?
 
Meminta derma?
 
Adakah badan kebajikan yang mampu memberi anda wang sebanyak itu, tanpa banyak soal atau kerenah birokrasi? Sanggupkah anda menunggu begitu lama, untuk melakukan kutipan derma sebanyak itu?
 
Apa lagi yang anda fikirkan?
 
Walaupun banyak cerita sudah tersiar mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, namun masih ramai yang ingin berfikir panjang untuk mendapatkan perlindungan insurans.
 
Carilah jalan penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan terjamin tanpa menjual harta benda anda atau meminta derma. Jangan biarkan keluarga anda turut sama menderita akibat kedegilan anda sendiri.

Friday, August 28, 2009

Takaful - Siri 1

Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Amat Mengasihani

Hari ni kawan nak membebel cket pasal insurans / takaful. Dalam 10 tahun lepas, rata2 bila duk sembang pasal benda ni, ramai orang kita ( Melayu la tu) tersangatlah trauma. Nampak je kelibat agent, terus je buat mcm x nampak/ buat2 kalut atau sibuk. Ada setengah tu kat opis siap pasang banner " Agent Insurans di larang masuk". Kenapa macam tu sekali? Namun lately rasanya cara berfikir masyarakat Melayu khususnya telah berubah dalam hal ehwal memiliki perlindungan insurans / takaful.

Namun demikian peratusan masyarakat Melayu yang sudah memiliki perlindungan amatlah rendah berbanding bangsa lain.Mengapa? sebab kena bayar, cuba bagi free mau tak berebut nak masuk. Cehh....macam mana nak selesai masalah kalau asyik mau free je..ishh2..xmalu..so start hari ni saper2 yang masih belum ada lagi perlindungan insurans / takaful..silalah berbuat demikian...sebelum terlambat..!!!

Dan kawan yakin semua orang dah faham sefahamnya kepentingannya..tinggal lagi alasan al fulisi x cukup..tang tu hangpa kena pandai2 la aturkan...cut mana2 yg xperlu untuk hal yg lebih perlu..

Meh sy citer sikit pasal company takaful yg sy wakili...teng teng teng….saper lagi kalau bukan Prudential Bsn Takaful ...1st takaful company kat Malaysia.Tersangatlah banyak manfaat sampai saya sendiri x larat nak citer. So senang citer korang semua masuk dulu..hehe

So sy highlight yg penting2.Contoh kalau hangpa mencarum Rm100 sebulan untuk polisi anak, anak hangpa dpat medical card yg bernilai RM 150 000. Byk tu geng. Saper yg nak beri korang byk? Kami ler sapalagi….pastu dapat Hospital Benefit. Maksudnya kalau anak hangpa p masuk ward ( lebih 6 jam di kira sehari),PruBSn akan bayar elaun hospital bergantung kepada nilai/unit yg di pilih.Dari 1 hingga 8 unit..1 unit nilai RM50, maka jika ambil 5 unit,layak elaun hospital RM250 sehari.

Kalau yg biasa client amik let say utk caruman RM100, kita letak dalam 4-5 unit Hosp Benefit..paling idak dapat ler RM200-250 sehari. Macam mana dengan tabungan? Ada, jgn risau. Berapa jumlah? Brgantung kepada jumlah caruman, umur pembayar dan jga jmlah manfaat / coverage yg di ambil.

Apa lagi korang nak? Macam2 ada…silakan emel di amalhijri@yahoo.com atau calling ke 019 9130808 utk maklumat lanjut.